Monday 26 September 2011

TAJUK 1 PENGERTIAN DAN KONSEP

ISL MINGGU PERTAMA
PENGERTIAN DAN KONSEP:
  • PENTAKSIRAN
  • PENGUJIAN
  • PENILAIAN 
  • PERKAITAN ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
1. PENGERTIAN DAN KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor
     Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Dalam kontekspendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu pro­ses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malay­sia, 2000). Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sari dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

2. PENGERTIAN DAN KONSEP PENGUJIAN
Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru. Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.

3. PENGERTIAN DAN KONSEP PENILAIAN
Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu
pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.

4. PERKAITAN ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN




PERBEZAAN ANTARA PENGUJIAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Perbezaan dari aspek :

Pengertian :
  • Pengujian
    Proses menentukan perubahan tingkah laku.
  • Pentaksiran
    Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan antara murid.
  • Penilaian
    Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.

Tujuan
  • Pengujian
    Menentukan pencapaian murid dalam satu mata pelajaran.
  • Pentaksiran
    Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam penguasaan pelajaran.
  • Penilaian
    Memberi maklumat mengenai pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar, dan kurikulum.

Kegunaan
  • Pengujian
    Menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai.
  • Pentaksiran
    Mengelaskan, pensijilan, dan menempatkan murid dalam jurusan yang sesuai untuk penyelidikan.
  • Penilaian
    Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan.

Bentuk
  • Pengujian
    Pemerhatian, ujian, lisan, dan menulis.
  • Pentaksiran
    Ujian bertulis dengan markah dan gred.
  • Penilaian
    Jadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan.

Masa
  • Pengujian
    Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran.
  • Pentaksiran
    Selepas beberapa pelajaran.
  • Penilaian
    Sebelum, semasa, selepas satu atau beberapa pelajaran.

Proses pelaksanaan
  • Pengujian
    1. Persediaan ujian
    2. Pentadbiran
    3. Pemeriksaan.
  • Pentaksiran
    1. Proses pengujian
    2. Merekod markah atau gred
  • Penilaian
    1. Proses pengukuran
    2. Proses penganalisisan
    3. Proses interprestasi
    4. Melapor
    5. Tindakan

No comments:

Post a Comment