ISL MINGGU KETIGA
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN Definisi
JSU – jadual yg menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.
Tujuan JSU diwujudkan.
- Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan – tidak tahu aras)
- Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan.
Ciri-ciri JSU
- Merupakan matrik yg terdiri drpd 2 paksi iaitu paksi melintang – aras kemahiran dan menegak – kandungan.
- Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.
- Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.
- Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.
- Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%.
- Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.
- Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.
Kepentingan JSU
- Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
- Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
- Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
- Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
- kertas ujian dapat digubal secara sistematik
- kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
- Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
- Memberi panduan untuk membentuk soalan.
- Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
- Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.
- Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.
- taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
- ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran
4 syarat JSU
- Ujian tidak dibina semberangan.
- Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yg diuji.
- memberi panduan dan penentuan kepada pengubalan ujian.
- Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.
Langkah-langkah membinan JSU
- Langkah 1
Senaraikan tajuk-tajuk yg hendak diuji. - Langkah 2
Tentukan soalan yg hendak dibina.
a.Soalan objektif (30 soalan)
b.1 markah bagi satu soalan
c.Jumlah soalan bg setiap topik dikira
= jumlah masa / jumlah masa
keseluruhan x jumlah soalan - Langkah 3
Tentukan model aras kesukaran (mudah – sukar). - Langkah 4
Menentukan jenis soalan yg hendak diuji (objektif, struktur, esei, dll) - L5
1.Tentukan soalan bg setiap komponen.
2.Penentuan aras kesukaran (mudah kepada sukar)
3.Pemarkahan. - Langkah 6
1.Tentukan mata pelajaran.
2.Tahun / tingkatan
3.Susunan nomdor mengikut tajuk.
Menyemak item soalan
- Bahasa
- Isi (mengikut kemahiran)
- Arahan yg diberi jelas
- Masa yg diberi mencukupi
- Susunan soalan (mudah-sukar)
Ujian Pra
- Dijalankan setelah menyemak soalan
- Menentukan kesahan
- Kebolehpercayaan
- Kebolehtakbiran (boleh diurus – perjalanan peperiksaan)
- Kemudahtafsiran (dianalisis)
- Maklumat ujian pra membantu guru menentukan soalan
Konsep IK (Indeks Kesukaran)
- Tujuan : menentukan indeks soalan (sukar, sederhana, mudah)
- Pengiraan :
- IK = B / J (jumlah yg sedikit)
B = bil. Calon menjawab betul
J = jumlah keseluruhan calon - IK = BT + BR / J (jumlah yg banyak - lebih 40 orang)
BT = jumlah calon dlm kumpulan tinggi yg
menjawab betul
BR = jumlah calon dlm kumpulan rendah
yg menjawab betul
J = jumlah keseluruhan calon
No comments:
Post a Comment